Kebanyakan orang pada masa kini akan mengetepikan kepentingan menyimpan untuk persaraan dengan pemikiran bahawa mereka masih terlalu muda dan lambat lagi nak cecah umur yang boleh digelar sebagai "warga emas". Tetapi, masa berlalu lebih pantas dari jangkaan sampai kadangkala kita terlalu leka dan terlepas pandang umur sendiri. Atas sebab itu, perancangan awal adalah satu-satunya kunci untuk mencapai kestabilan dalam kehidupan masa depan anda. Di bawah adalah beberapa langkah yang boleh digunakan untuk membimbing anda dalam bersedia untuk persaraan:
1. Bersedia dari awal usia
Anda boleh mula dengan belajar dan cuba pelaburan yang mampu mengalirkan pendapatan pasif contohnya pelaburan emas dan hartanah. Sewajarnya anda perlu mula buka akaun menabung di seawal usia 20-an, misalnya jika anda menyimpan di akaun ASB, pulangan dividen anda boleh meningkat setinggi 3% setahun, bergantung kepada ekonomi pada tahun tersebut. Lebih cepat anda mula menyimpan, lebih awal anda boleh mula bersara daripada pekerjaan 9-5 dan alihkan fokus kepada menjana pendapatan atau kerjaya secara bebas dari rumah sahaja.
2. Kendalikan akaun KWSP anda dengan betul
Akaun KWSP memang khas diwujudkan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat kerana anda boleh menyimpan menggunakan akaun tersebut tanpa kerisauan untuk ditimpa apa-apa risiko. Jika tiada keperluan mendesak untuk menggunakan wang tersebut, sebaiknya anda biarkan sahaja sebahagian besar akaun kedua KWSP seperti sedia ada. Akaun 1, memegang kira-kira 70% daripada potongan KWSP anda, khusus untuk tujuan persaraan sahaja. Akaun 2, ditinggalkan dengan baki 30% dan ia boleh digunakan untuk pengeluaran tertentu.
3. Melabur lebih banyak untuk kos kesihatan
Akibat ekonomi Malaysia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, kos perubatan turut telah mengalami kadar inflasi yang kerap sehingga 12%, enam kali lebih tinggi daripada kadar umum. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak pernah diduga dengan penyakit kronik dan jarang jatuh sakit sewaktu muda. Namun begitu, semakin meningkat usia semakin banyak anda perlu laburkan untuk penjagaan kesihatan diri. Oleh itu, anda hendaklah mengambil tindakan awal dengan mendaftar untuk perlindungan perubatan atau perlindungan insurans agar anda tidak terbeban di masa hadapan. Tips pencen dari kami khas untuk penjawat awam dan kakitangan badan berkanun. Boleh ikuti laman sosial kami untuk informasi kewangan terkini ya! Ingat, perancangan awal adalah kunci kepada kestabilan kehidupan pada masa hadapan anda!
Comments