top of page

5 TOPIK KEWANGAN UNTUK DIBINCANGKAN DENGAN PASANGAN

Untuk pengetahuan anda, asas kepada hubungan yang kukuh adalah apabila anda dan pasangan mempunyai persefahaman yang sama tentang pelan kewangan untuk masa depan keluarga anda bersama. Kerana rasa cinta dan sayang sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan anda dalam fasa berumah tangga. Sudah pasti, sebelum memahami idea masing-masing, yang paling penting untuk anda berdua buat pertama sekali adalah memberi penjelasan tentang status kewangan diri sewaktu bujang dahulu dan mulakan perbincangan dari situ. Di sini kami jelaskan beberapa lagi topik kewanagan yang boleh anda perbualkan dengan pasangan tersayang:



1. Kesilapan pengurusan kewangan masa lalu: Bersikap terbuka dan terus terang dengan pasangan tentang sebarang kesilapan kewangan masa lalu yang anda lakukan seperti mempunyai hutang pada kad kredit, bank, PTPTN atau meminjam wang daripada orang lain. Ini akan membantu pasangan anda memahami semua risiko kewangan yang terlibat jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa berhubungan dengan anda.


2. Status kewangan semasa: Berbincang secara serius tentang hal kewangan pada peringkat awal perkahwinan. Beberapa perkara, seperti pembelian rumah, kenderaan, aset lain, kos harian, bil dan lain-lain, boleh dirancang pada waktu awal-awal berumah tangga. Daripada ini, anda dan pasangan boleh berusaha membina kewangan yang stabil dan meningkatkan nilai kewangan bersih masing-masing.


3. Kenal pasti siapa yang mengurus dan membayar: Tentukan siapa yang akan bertanggungjawab membayar semua bil, sesetengah orang cenderung lupa tarikhnya atau langsung tidak ingat bil apa yang perlu dibayar. Untuk memastikan anda berdua celik, sebaiknya bergilir-gilir mengenai hal ini. Susun bil dan dokumen penting di tempat atau fail yang anda berdua tahu, untuk mengelakkan sebarang isu salah letak atau terlupa.


4. Matlamat kewangan pada masa hadapan: Tetapkan objektif jangka pendek dan panjang untuk simpanan, perbelanjaan, persaraan, pelaburan, takaful, hibah dan juga rawatan perubatan. Bercakap tentang penjagaan kanak-kanak dan kos pendidikan untuk mengelakkan perancangan pada minit terakhir. Kekalkan aliran wang yang sihat supaya anda boleh hidup dengan stabil dan pada masa yang sama menyokong masing-masing.


5. Kongsi akaun bank atau berasingan: Jika anda berdua mempunyai pendapatan sendiri, lebih baik anda mempunyai akaun berasingan bagi aliran gaji bulanan masing-masing. Kemudian, buat akaun bank bersama untuk perbelanjaan harian, percutian dan pendidikan anak-anak. Ingat! akaun berasingan bukan bertujuan untuk menyembunyikan apa-apa antara satu sama lain, hanyalah sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan.


Ketahui maklumat kewangan terkini di laman sosial Instagram dan Facebook kami.

Sehingga update seterusnya, semoga berjaya kepada anda dan pasangan!

Comments


bottom of page