top of page

3 JENIS LOAN RUMAH

Tanpa kita sedar, rupa-rupanya banyak juga pilihan untuk loan rumah ni kan! Sebenarnya ada beberapa jenis loan rumah yang lain lagi tapi yang kami senaraikan ini hanya yang asas dan menjadi pilihan orang ramai sahaja. Penting tau ilmu tentang loan rumah macam ni lagi-lagi untuk golongan pasangan suami isteri muda yang ingin membesarkan keluarga mereka di rumah baharu. Selamatkan diri anda dari helah tipu scammer atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dengan pertolongan informasi CEO! Mari kita pelajari 3 jenis loan rumah yang ada di Malaysia:




#1 Basic Term Loan

  • Pakej loan ini sentiasa ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan atau bank untuk pinjaman perumahan.

  • Ansuran bulanan yang anda bayar akan tetap sepanjang tempoh pinjaman tanpa fleksibiliti untuk mengurangkan pinjaman pada bila-bila masa.

  • Jika anda bayar amaun yang banyak untuk ansuran bulanan, ia tidak akan mengubahkan kadar faedah dan tempoh bulanan pinjaman anda.


#2 Semi-flexi loan

  • Semi-flexi loan membenarkan faedah pinjaman dikurangkan jika anda membuat pilihan untuk membayar lebih sepanjang ansuran bulanan pinjaman yang dipastikan.

  • Peminjam diberikan kebebasan untuk mengurangkan wang pendahuluan atau tempoh waktu pembiayaan.

  • Namun begitu, kekurangannya adalah anda tidak boleh menarik semula wang pendahuluan yang telah dibayar walaupun dalam waktu kecemasan.


#3 Full-flexi loan

  • Hampir sama dengan semi-flexi, tetapi bezanya anda mampu menarik semula atau mengguna semula bayaran pendahuluan untuk mengurangkan faedah pinjaman.

  • Anda tidak akan dikenakan caj tambahan atau yuran penalti dan anda turut boleh mengurangkan jumlah faedah pinjaman perumahan mengikut bajet.

  • Tetapi, disebabkan kelebihan untuk meminimumkan jumlah tambahan yang telah dibayar, jika anda ingin kurangkan faedah anda perlu dikenakan caj tertentu.


Pastikan anda buat pilihan loan rumah yang terbaik okay! Untuk pelajari informasi kewangan dengan lebih baik, anda boleh ikuti perkembangan kami di Instagram dan Facebook, klik pautan yang disediakan di bawah.


Kami sedia dalam memberi input melibatkan kewangan bagi menambahkan ilmu anda!



Comments


bottom of page